Tuesday, November 25, 2008

Kerang Masak Sambal

Bahan-bahannya

1 kilo kerang (direbus dan dikeluarkan isinya)

½ mangkuk kecil cili kering kisar (anggaran 6 sudu besar)

1 sudu besar asam jawa dibuat 4 sudu air asam jawa

½ mangkuk minyak masak untuk menumis

½ sudu kecil ajinomoto

2 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

1 sudu besar sos tiram (jika mahu)

Bahan-bahan untuk dikisar

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

Cara-caranya

Panaskan minyak dalam periuk

Tumiskan cili kering hingga naik baunya

Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau rata

Biarkan ianya sebati dan naik bau harumnya

Masukkan kerang yang telah dikopek

Masukkan air asam jawa, ajinomoto dan kacau

Biarkan seketika dan masukkan sos tiram, garam dan gula

Kacau rata dan biarkan ianya mendidih

Apabila sudah pekat, rasalah garam, asam, gula dan tutuplah apinya.

*sos tiram hanya menambah lagi perisa dalam sambal kerang anda.

Monday, November 24, 2008

Ayam Masak Kurma

Ayam Masak Kurma

1 ekor ayam (dipotong 12)

2 batang serai dititik

3 biji kentang dibelah 4

1 batang karot dipotong kecil memanjang

1 biji tomato dibelah 4

Sedikit minyak untuk menumis (anggaran 3 senduk kuah)

½ sudu kecil ajinomoto

2 sudu kecil garam

2 sudu besar air asam jawa dari 1 sudu besar asam jawa

2 ½ mangkuk kecil air (anggaran 1000ml)

Bahan-bahan untuk dikisar

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 hirisan halia sebesar ibu jari

2 paket kecil rempah kurma

Cara-caranya

Panaskan minyak dalam periuk

Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik baunya

Masukkan serai, ajinomoto dan ayam (kacau rata)

Masukkan air asam jawa dan air

Biarkan ianya mendidih dan ayam empuk

*sekiranya kuah anda kelihatan agak kering, tambahlah sedikit air lagi.

Masukkan karot dan biarkan seketika

Masukkan garam,kentang dan biarkan ianya empuk

Biarkan kuah mendidih dan kesemuanya masak dan empuk

Masukkan tomato dan

Rasalah kuah sebelum ditutup apinya.

Ayam masak lemak

Ayam Masak Lemak

Bahan-bahannya

1 ekor ayam (dipotong 8)

2 batang serai (dititik)

1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar air asam jawa (anggaran dari 1 sudu besar asam jawa)

2 sudu besar cili kering kisar (gunakan cili padi jika ingin lebih pedas)

3 sudu kecil garam

½ sudu kecil ajinomoto

2 mangkuk air

3 biji kentang (dipotong 6)

Bahan-bahan untuk dikisar

2 biji bawang besar

3 biji bawang putih

1 cm halia

Cara-caranya

Sediakan periuk untuk masukkan kesemua bahan-bahan yang di atas kecuali

susu cair, kentang dan garam.

Masak di atas api sederhana hingga mendidih dan ayam hampir masak

Masukkan kentang dan biarkan ianya empuk

Masukkan susu cair (ikut kepekatan yang anda suka) dan garam

Kacau perlahan-lahan

Tutup api bila kuah sudah mendidih dan ayam, kentang sudah empuk

*Sedikit air asam jawa digunakan untuk menghilangkan rasa hanyir ayam

disamping menyedapkan kuah lemak anda.

*Susu cair juga digunakan sebagai ganti santan untuk mengurangkan kolesterol

dan menjaga berat badan.

Sunday, November 23, 2008

Masakan Tradisional

Saya dilahirkan sebagai anak berketurunan Melayu. Sebagai anak Melayu yang hidup di Malaysia ini, dibesarkan dengan adat dan pantang larang. Orang Melayu juga banyak makanan tradisi dan makanan-makanan tradisi ini masih lagi dinikmati oleh orang Melayu. Walaupun ada yang merantau ke luar negeri makanan Melayu tidak pernah dilupakan oleh mereka yang berketurunan Melayu. Kalau tak dapat dinikmati di luar negeri, mesti rasa rindu nak makan bila balik ke tanah air sendiri, contohnya, sambal belacan dan asam pedas.
Saya ingin nak berkongsi resepi tradisional saya ini dengan sesiapa sahaja yang melihat blog saya ini.